Friday, July 6, 2012

11 Tanda-tanda mereka yang mendapat kebahagiaan dalam hidup

Assalamualaikum...

Fakta dibawah ini dya kita sama2 kongsikan bersama iyer..

1) Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

2) Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Quran.

3) Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

4) Memelihara solat lima waktu.

5) Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6) Bersahabat dengan orang-orang yang baik

7) Merendahkan diri dan tidak takabbur

8) Bersifat dermawan dan mulia

9) Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama mahkluk

10) Bermanfaaf untuk orang lain.

11) Sentiasa ingat akan mati.

Cakap-Cakap : hari ini dya tersentap dengan dak opis,dah lah suka mengata, mngumpat hal kite,,pas tue suka copy2 dressing dya pkai apa.hampehh betul,,kalau tak suka orang ,,jangan suka ambik perhatian terhadap pe yang dya pakai okay !!! nampak sangat ko nak geng dengan dya kan?????!!!
 

Monday, July 2, 2012

7 SUNNAH untuk diamalkan setiap hari

Assalamualaikum...

Salam semua kawan2.mata mata ada mengantuk sikit hari ni.dya tengok EURO 2012 pagi tadi.set alarm jam handphone jam 3 pagi.series dan betul2 nak lihat pemain handalan TORESS dari Sepanyol.ohsemm!!Sepanyol juara malam tadi EURO 2012.yeahhh !!! Sepanyol mengalahkan ITALI 4-0. dya memang sokong team ini dari mula permainan.yang besh nya dya hanya lihat di akhir perlawanan.sebelum2 ini dya tak ada tengok pun,sebab orang kata yang besh tengok perlawanan yang akhir paling menyeronokkan..say siyeess !!! tahniasss !!! Dalam kesibukan menonton bola,ada sunnah yang perlu diamalkan setiap hari,jangan lalai dan leka dalam membuat kebaikan yang kadang kala kita sendiri pun lupa.kan??kan??

Amalan Sunnah :-
 1) Tahajjud - hal ini kerana kemuliaan seorang mukmim terletak pada tahajjudnya.

 2) Membaca alquran sebelum terbit matahari - Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaik-baiknya membaca al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahamannya.

3) Jangan tinggalkan masjid - Majid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid allah.

4) Jaga solat dhuha - kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari - Allah amat menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wuduk terus menerus - Allah menyayangi hamba yang berwudu.Orang yang selalu berwudu sentiasa akan merasa solat walaupun ia tidak solat dan dijaga Malaikat dengan dua doa iaitu diampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.

7) Amalkan istighfar setiap saat -Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Cakap-cakap : Sok nak ambik cuti !!! ('.')


Terima kasih sudi baca !!!