Friday, February 3, 2012

8 Penyebab Lupa

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.
2. Kurang berehat
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian
, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.
 
3. Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur
, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian
, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur
, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.
4. Metabolisme menurun
Jika hal ini terjadi
, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.
5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini
, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.
6. Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan
, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.
7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

Wednesday, February 1, 2012

Mengapa Hati Tidak Tenang

Saban hari kita melalui hidup suka dan duka silih berganti bagai  siang  dan malam. Kita punyai ramai kawan-kawan dan  bagi  yang  berkemampuan  apa yang mahu dapat di-
adakan.  Namun  kenapa hati masih tidak merasa bahagia.Tiada  ketenangan  persis melihat jalan yang bersimpang-siur  dan  ada  batu  besar di atas kepala. Kita mempunyai hajat  samada kecil atau besar, tapi tiada tercapai tentang apa  yang  diimpikan.  Barangkali  kita  lupa atau sengaja tidak   mahu  buat  postmortem dan  checklist  apa  yang terpahat  pada  jiwa, bagaimana pergantungan  jiwa  dan apa intipati yang telah disemaikan.

Ketenangan bukan boleh dibeli dengan wang ringit ataupun ditukar dengan material. Setiap hari kita solat dan berdoa dan kenapa tidak dimakbulkan.

Hati  kita  tak  gembira  sebab  kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada sampaikan lupa melihat nikmat sekeliling.

Kita berdoa, tapi  doa Allah tidak  makbulkan?
Sebabnya   asyik  meminta pada Allah, tapi tidak  pernah meminta ampun  pada  Allah, sedangkan banyak dosa-dosa terhadap  kepada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah  makbulkan doa kita. Tetapi selepas mendapat kesenangan lupa  pada  Allah untuk mengucap syukur pada Allah. Bila  datang  kesusahan, ketika itulah teringat Allah. Kita akan menangis, merintih mintak tolong pada Allah.

Cubalah  renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali menyebut kalimah syukur dalam satu hari? tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada disebut.

Pernahkah  bangun malam, solat tahajud,solat taubat? mengalirkan airmata kesyukuran dengan setiap detik yang Allah pinjamkan pada kita untuk terus bernafas menghirup udara.

Kita selalu berbuat baik dan menolong orang dengan bersedekah.Tapi  tidak merasakan kemanisan ekoran dari perbuatan kita dan jiwa  masih  tidak tenteram. Sebenarnya dalam jiwa belum cukup mantap  tiada sifat ikhlas hanya manis dibibir tapi jauh dalam hati ada  niat  yang tertentu agar mahu sanjungan, balasan dan nama dari  manusia.  Riak  dengan  setiap  kebaikan  yang  dilakukan. Dengan  kata  lain  hati dibaluti dengan sifat mazmumah. Dengan adanya sifat inilah juga akan menghilang bahagia di jiwa.

Jangan  sampai  lupa  siapakah  yang  memberi kejayaan kepada kita. Lembutkan jiwa, tunduklah kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat  yang  telah  Allah  kurniakan  dan pinjamkan kepada kita.Kerana  ini  semua  tiada  akan  kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik  semua ini. Jadi ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan yang kita  lakukan. Kita  perlukan  redha  dari  Allah sekiranya tidak ikhlas Allah juga tidak redha.