Tuesday, August 30, 2016

Penduduk Johor Paling Berisiko

Assalamualaikum.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia disaran mengelak daripada mengunjungi Si­ngapura ketika ini ekoran negara jiran itu sedang dilanda wabak Zika dengan 41 orang sudah di­sahkan dijangkiti virus tersebut.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), bukan sahaja rakyat Malaysia dinasihatkan tidak pergi ke negara tersebut, malah penduduk republik itu juga tidak digalakkan memasuki negara ini secara terlalu kerap.
Beliau berkata, Zika yang me­ngancam banyak negara di dunia kini tidak mustahil akan melanda Malaysia kerana virus berbahaya itu sangat mudah berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, hubungan seks, ibu mengandung dan juga pemindahan darah.
“Seseorang selalunya tidak sedar dia telah digigit nyamuk pembawa virus tersebut kerana proses pengeraman hanya akan berlaku dalam tempoh seminggu selepas dia dijangkiti.
“Ini bermakna rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara lain dan pulang semula ke negara ini dalam tempoh seminggu akan terlepas daripada saringan virus Zika di pintu masuk negara seterusnya menyebabkan penyakit itu mampu menular di negara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Terima kasih sudi baca !!!


Saturday, August 13, 2016

Pertama Kali Pergi Rumah Zarina

Assalamualaikum.

Hari Jumaat last week makan free kitaorang tau..Mana tak nya..kawan satu opis ajak makan dekat rumah dia..Yahoooooooo !!! ..Tengahari tue laju-laju punch card nak makan free dah lah pagi tu tak sarapan..Kelaparan gaban tau...


Nasi Ayam Madu Kampung Bera...yumssss 


Terbaik nasi ayam ko nih Zarina...Sepanjang minah nih kerja satu opis..aku tak pernah sekali pun pergi rumah dia..nih lah first time..


Sesekali makan dekat bawah seronok..Terjalin hubungan ukhwah dekat di situ.... -___________-


Kekenyangan....



Semenjak dah wujud rakan group dekat whatsap nih baru lah terjalin hubungan yang baik dah harmoni..Kalau tidak masing-masing sombong dengan kebizian....


Semoga persahabatan kita harmoni..bahagia..sentiasa sejukkkkkkk...kekal sampai bila-bila..Ada rezeki kita kumpul macam nih.....

Seronok kan..... *____________*


Selamat berhujung minggu...

Terima kasih sudi baca !!!



Friday, August 5, 2016

Puding Manggo Versi Amai

Assalamualaikum.

Malam ari tue..mood nak masak puding terlebih pulak..hehehehe..ni kali ketiga aku masak puding perisa manggo nih..Mudah dan senang..

Dekat belakang ada cara-cara membuat..Senang je tau korang...

d


Si Pengacau yang banyak persoalan..Masak pe ibu?Masak pe ibu..Minah nih selagi tak jawab pertanyaan selagi itu lah tanya..dan bertanya...


Amai nih pantang aku hilang dengan tibi..Mula lah cari..."ibu amai mana?ibu amai mana?


Saiz packet pudding tue, muat untuk tiga bekas jenis yang macam kat atas meja tue..Bekas terpulang pada korang nak letak kecil comel pun boleh..nak ada gambar karton pun boleh...Aku suka bubuh buah campuram coktail dalam tue..Sedap sangat.. :)

1. Mula-mula masak air putih dalam periuk lebih kurang 2000ml..

2. Selepas mendidih bubuh gula pasir 3 sudu besar (sukatan gula aku kurangkan sebab buah campuran dah cukup manis terpulang pada yang suka manis..tambah lah sukatan gula tue..)



3. Kemudian baru lah letak powder puding maggo itu...Kacau rata..Biarkan dalam 2 minit..

4. Dah mendidih powder itu baru lah letak packet yang kecil itu..Kacau rata sekali lagi..biarkan sebentar..

5. Tutup api dan boleh dihidangkan ke dalam bekas korang...

6. Masuk kan ke dalam peti ais..Makan masa sejuk lah paling sedappppp..


Selamat mencuba korang !!!

Tuesday, August 2, 2016

Makan di Rumah Iena

Assalamualaikum.

Sabtu lepas..kitaorang semua dah pakat nak beraya rumah Iena..lagipun Sabtu tue semua keja..Balik pun half day..sekali jalan pergi rumah Iena..Tak jauh pun..Minah nih tinggal area Quarters SAJ Sri Gading..tak sampai lima minit dah sampai..

Bagi salam depan pintu rumah Iena dah terbau-bau nasi lemak dia..Pagi tue aku tak sarapan semata-mata nak makan nasi lemak minah nih..krouh..krohhh..bunyi pewot aku nih..Iena nih bab masak terror..Aku puji pandai dia masak nasi lemak..

Lembut jee nasi lemak..tambah lagi dengan dua ketul nugget....nyums...


Diorang nih makan dah tak toleh lagi ke belakang...Lapar weihhhh..


Lepas siap makan minum..borak sekejap..haruslah bergambar kenangan berhari raya..Kehhhkehh...



Muka semua kekenyangan...


Hug n love korang......Moga persahabatan kita kekal selamanya...



Wajib bergambar dengan kakak kesayangan..Kak Ana..



Ootd Satuday di Quarters SAJ Sri Gading...



Dah..jom balik..Anak dah menunggu dekat rumah tue..Kak Ana dan Kak Faizah sila kerja semula iyer..Dioarang sabtu kena keja full..Opis je yang halfday...
sy
Eeehh..Sekejap dah 28Syawal.....


Terima kasih sudi baca !!!