Thursday, November 26, 2015

Demam Hoiiii

Assalamualaikum.

Tekak rasa gatal-gatal...mata dah nak start merah..
Hidung tersumbat...adehhhh..Bersin banyak kali jangan cerita lah dekat opis aku nih..


Bila dah mula sakit macam ini baru lah sibuk nak makan Vitamin C.Hegeh-hegeh nak mencari dekat situ kan...O_O

Dah lama aku tak rasa demam macam nihh..Aku nih dah lah tak suka ambik MC.Pergi klinik pun doctor bagi ubat yang sama jee ponn..Jenuh nak menelan..

Mood holiday down sikit bila dah demam ini..Pergi jauh cepat sikit wahai sakit kecilku ini...Aku nak bawa anak dan suami pergi holidaybersantai rehat di tepi pantai...



Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, November 21, 2015

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Mudah & Berkesan

Assalamualaikum.



Tidak selesa dengan bentuk punggung anda yang besar?Ketahui cara mengecilkan punggung dengan secepat ini.Memiliki tubuh langsung dan ideal tentunya menjadi idaman bagi setiap orang apatah lagi kaum wanita yang umumnya sentiasa ingin nampak langsing dan menawan.

Bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan boleh menjadi salah satu penghalang seseorang dalam meraih keyakinan dirinya.Tambahan pula kemantpan punggunya itu sering menarik perhatian orang terutamanya kaum lelaki.Malu ehhh !!! Bagi anda yang memiliki punggung besar jangan terburu-buru mahu melakukan cara yang tidak sihat seperti membuat pembedahan plastik sedut lemak dan sebagainya.

Anda harus ingat memiliki punggung besar adalah satu anugerah Tuhan yang wajar anda syukuri kerana tidak semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Jika keadaan itu tetap membuatkan anda berasa tidak selesa anda jagna susah hati kerana ada beberapa tips dan cara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Baik paha mahupun punggung yang besar atau lebar itu boleh dikecilakan dengan mudah kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit. Bersenamlah secara teratur supaya lemak-lemak yang terdapat di punggung dapat dihapuskan dengan mudah.

1. Lakukan Senaman Kardio.
Cara terbaik untuk mengecikan punggung dengan cepat atau pantas adalah dengan bersenam.Apabila anda melakukan diet makanan berlemak namun disebabkan anda tidak bersenam hasilnya tidak akan daapat dilihat dalam waktu yang singkat. Bahkan mungkin tidak berhasil. Tambahan pula dengan berdiet tanpa bersenam tubuh akan turun tetapi tubuh yang telah membesar kemudian kehilangan masa beratnya akan menjadi mengelebeh. Bersenam tidak semestinya harus melakukan aktivit berat. Usah memaksa tubuh melakukan senaman di luar kemampuan tubuh kerana ia mungkin akan menyusahkan atau menyakitkan anda sendiri.

Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun boleh.Caranya posisi tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan disebelah badan.Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini.Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan kebawah.Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal.Ingat dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna tidak dilakukan dengan baik. Oleh itu lakukan gerakan mengayuh basikal secara perlahan pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.

Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu berasa tubuh sudah mampu untuk melakukan nya lebih jangan lupa untuk menambah jumlahnya.

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali.
Apabila ingin melakukan gerakan senaman lain, lebih baik pilih senaman yang memang untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki dan lompat tali.Dengan berjalan kaki secara tidak langsung anda telah mengerakkan punggung anda. Bahkan senaman kaki juga tidak disedari namun banyak kebaikanya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari maka kaki paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan.
Anda disarakan untuk makan secara teratur.Biar kerap tetapi dalam jumlah makanan yang sepatutnya.Perbanyakkan makan buah dan sayuran segar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral juga membantu membakar lemak dalam tubuh.Hindari pengambilan lemak karbohidrat serta gula.Perbanyakkan minum air putih.

4. Bernafas dan Cuba Kalahkan Nafsu.
Biasanya ketika sedang stress seseorang itu cenderung mencari jalan pintas menambah kalori.Bermakna kita akan membuat pilihan makan yang lebih baik ketika sedang bersantai.Untuk mengatasinya lakukan latihan pernafasan seperti yoga. Ketiak sedang rileks kita tidak akan berasa lapar. Jika dilakukan secara teratur pasti akan merasa manfaatnya.

Selamat mencuba dan semoga anda mendapat bentuk paha dan punggung yang ideal.

Terima kasih sudi baca !!!!

Tuesday, November 17, 2015

Banjir Kilat di Jalan Utama Johor Bahru

Assalamualaikum.



Jalan utama di pusat bandar raya ini 'lumpuh' mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas ekoran banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan. 

Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, November 12, 2015

Tanah Runtuh Di Lebuh Raya KL-Karak

Assalamualaikum.




BENTONG – Sebahagian laluan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini ditutup kepada pengguna ekoran tanah runtuh di Kilometer 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi lewat petang semalam.
Kejadian yang berlaku pada pukul 7.18 malam itu dipercayai berlaku kerana banjir kilat akibat kegiatan pembalakan haram di Hutan Simpan Kekal Lentang yang terletak berdekatan lokasi itu.
Ekoran insiden tersebut, kenderaan tidak dapat bergerak sehingga mengakibatkan kesesakan teruk laluan menghala ke Kuala Lumpur.
Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan selepas kejadian.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan nyawa dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn. Bhd. sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan.

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, November 11, 2015

Pergi Ekspo Agro Pertanian di Kluang Johor 2015

Assalamualaikum.

Sebelum terlambat aku nak mengucapkan Happy Deepavali untuk rakyat yang beragama India dia seluruh Malaysia..Walaupun semalam Hari Deepavali aku meluangkan masa di Ekspo Agro Kluang semalam.Sebenarnya ini lah kali pertama aku pergi situ..asik dengar baca orang cerita tentang pertanian sekali pergi baru lah tahu banyak faedah dan ilmu kita boleh dapat dari ekspo nih..Diorang buat ekspo nih pun sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Johor 2015.

Orang punya lah ramai secara kebetulan semalam kan hari public holiday..Mau tak nya penuh dengan makcik pakcik borong bunga-bunga orkid..hihihihii..

Aku pun first time sampai kawasan Projek Pertanian di Kluang nih..besar rupanya..dengan bukit-bukit tinggi bau lembu dan kambing dah menusuk ke hidung masa nak cari parking itu..Aiiii dah nama pertanian macam-macam lah diorang ternak dik oiiii..


 Masuk ada lah percuma..


Banyak jugak binatang yang diperkenalkan dekat agro nih..hasil ternakan jugak nih..walaupun mini zoo orang punya lah ramai nak bergambar tau..

Ayah perkenalkan Amai dengan anak ayam..tapi still cakap ayah..ayah..burung..burungg !!!...tantekk..



Ingatkan nak bergambar dengan kuda..tapi Amai jadi penakut pulak time nih..jenuh ayah pujuk ambik gambar duduk dekat kuda..still tak mooo..Ayah takutt...ayahh..takutt..


Sentuh pun ta mahu..Eksen beetul anak ibu nih..Kuda nih kenyang sebab tu diam je bila orang ramai tertumpu kat dia.. 

Haiii..awak comel nye bulu awak tue..!!!


Ular sawa..sekali sentuh..lembut licin je..lembik semacam je kan..Berani betol abang nih..caya lahh..


FIL acah-acah nak dukung lahh tue...rupanya sama macam cucu dia jugakkkk...penakuittt..


Berani dalam beberapa saat je lah...hahahahhaha


Nak jugak tengok penghasilan susu kambing tapi diorang cakap demo penghasilan dah tamat..rugi lahaiii.Masa aku datang nih kambing tengah berehat baring...



Booth jualan kerepek dan madu lebah..



Pakcik nih ajar cara-cara buatan ice cream tanpa menggunkan mesin..guna tangan..homemade tau..Aku tak tengok sampai habis..cuaca panass..tak larat berdiri lelama..


Booth jualan orkid..antara makcik-makcik leee paling ramai dekat situ...


Pelbagai makanan dan juadah di jual disini..Aku cuma beli sotong gergasi..Seekor RM10.00..sedap jugak sotong nih..


Banyak jugak aku borong masa nih beli tapau bawa balik..Beli madu..sos tiga rasa, sos blackpaper, susu kambing, kek buah, kekacang goreng, satar dan sotong gergasi..



Insyallah ada ekspo pertanian nih aku nak pergi awal-awal..nak belajar membaja dan menanam pokok buah-buahan pulak pas nih...


Terima kasih sudi baca !!!