Saturday, August 23, 2014

Rakan Opis Datang Umah

Assalamualaikum.

Sabtu lepas.kawan opis call aku nak datang umah.Ngam-ngam aku off day sabtu lepas.Okay sayang,bole lah datang tapi aku buat jemput-jemput bilis ke tau.Hahah zalim kaww kawan nak datang setahun sekali ko jamu nye itu.Hissshhh !!

Opis aku start tahun 2014 dah ada Alternate Saturday.Bermakna aku keje sebulan dua kali sabtu jek.Bole lah aku bermanja-manja dengan Cik Amai.Hihihi.Sebab tu kalau aku off saturday compom aku merayap dengan suami dan anak.

Berbalik semula pasal kawan-kawan opis aku datang.Pagi tu aku kelam kabut sikit.Aku masak bakso mee hoon.Dengan desert koktail je.Dua jenis tapi punye kelam kabut cam sekampung nak datang.hihi.Seronok bila masa waktu cam nih tau.Yang penting kena ikhlas baru lah masak ada feeling.

Yang ini lah kawan-kawan muslim aku.
Antaranya Ina.Kak Asnah.Rina.Kak Ida.Awin.Linda.Kitaorang nih semua tak sama department.Yang sama department aku cuma Ina jek.


Nampak tak ?Kekuyuan mata diorang nih.Sedap sangat sup makso iyer sayang.Kenyang lerrr tue?




 Tuan tanah pum nak menyelit jugak kaww.Kenangan nih.


Dah nak balik time nih.


Gambar last masa diorang nak balik keje semula.Yang aku bole berkemas sambung tido.Golek-golek dengan Amai.Hihihi

Terima kasih kawan-kawan sudi datang umh mak mentua aku nih.Sekirnya ada kekuramgan mohon di pinta :) Insyallah kita berjumpa lagi di tahun depan
 

Tuesday, August 19, 2014

Beraya ke Johor Bahru Pulakk

Assalamualaikum.

Semua orang masih dalam mood raya.Begitu jugak aku.Last week aku pergi umah kakak dan abang aku yang sulong.Dua orang nih tinggal di Johor.Selalunya aku akan beraya kesana selepas satu minggu raya sebab pada raya pertama diorang ada kat kampung.Jadi semua kumpul di rumah arwah mak.

tengok lah bodak nihh.dah pandai tak moo gambo.rengek nak turun bawah.

Cik Amai dah pandai tau buat aksi tak moo gamboo.Penat leka kan dia.tapi still tak moo layan daddy mummy dia

Masa nih ambik gambar di rumah abang aku yang sulong.Dia tinggal kat Taman Kota Masai.
Gambar sebelah aku tue akk aku yang sulong.Pompuan yang tepi tu adik perempuan aku yang kecil.


Kami kenyangan time nih.Dah nak gerak balik Batu Pahat.Abang dan kakak ipar ku masak sedap2 masa tue.
Soto.Mee Goreng.Kuih Muih.Kek.Air oren.Akak ipar aku nih kalau tahu kitorang nak datang macam-macam masak
Yang gambar ni semua pose manja-manja gitu.Ni kat rumah kakak aku Taman Selatan,Kulai.
Dia pun masak sedap-sedap hari tu.Kuah kacang,nasi impit.Ayam rendang.

stokin anak aku burokkk sesanagt.Aku pun tak perasaaan weii time nih.Bila gambar dah ambil baru lah perasan kaww.


 

.
Ramai kawan-kawan aku tya make up per nampak lain muka aku?Untuk pengetahuan korang aku jarang bermake up sebenarnya.Biasanya aku pergi opis sapu bedak thanaka jek.Lip tint kaler pink.Bila dah make up tu yang nampak cunn.Cun lah sangat kan???
 
Masa raya aku guna foundation supra kod NB.Tambah lagik bedak arab kod russet.Korang lah bole lah try nanti.Tu je lah yang aku gunakan.
 
Kebiasanya time ada dinner,party,kenduri kawin baru aku ada mood nak bermake up.



 
 
Walaupun luaran ada gembira dalam hati pastinye ada kesedihan.Seriusly aku sangat-sangat sedih raya tahun nih bila tak dapat beraya bersama dengan arwah mak.Mak meninggal aku dengan seribu kesedihan sampai bila-bila. akan aku kenang.Kehadiran Amai membangkit semula semangat aku yang hilang.Patah tumbuh hilang berganti.
 
Aku tetap merindui setiap masa dan ketika.Selangkah perjalanan hidup aku,selangkah tu lah aku merindui nye.Moga roh mak di tempat orang-orang yang beriman.Amin.
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

Thursday, August 14, 2014

Raya Pertama Bertiga

Assalamualaikum.
 
Dah masuk hari ke18 menyambut bulan Syawal aku baru nak update blog.Sibuk sangat dah 2 minggu nih.Hari nih ada free sikit.Tahun ni raya ada meriah dengan tidak meriah.Meriahnya aku dapat beraya bersama anak kesayanagan aku.Bertiga tahun nih tau ! Syukur tuhan memberi peluang untuk memanjatkan doa kesihatan kami bertiga.Tidak meriah bila tahun nih rasa sangat mak tak ada.Aku tak dapat nak menikmati ketupat rendang.kuah kacang dan sayur lodeh buatan mak.
 
Tapi secara jujurnya aku tak rasa dengan raya kali ini.Lagipun arwah mak baru saja meninggalkan aku tiga bulan yang lalu.Nak ambik mood payah weiiii.Rindu mak.Alfatihah.
 
Tahun ni sebelum takbir raya aku pergi menziarahi kubur arwah mak.Semoga mak tenang di sana iyer.Rindu mak sangat.Tuhan aja yang mengetahui.
 
Selesai sembahyang raya.takbir pun abis.Seisi bersalaman bermula.Bermaafan jangan lupe.Setahun hanya sekali jek.Tahun nih aku dapat duit raya dari daddy.Amount rahsia ok !

Tahun nih aku beraya di rumah mak mentua.Semua kumpul sini.Lagipun adik beradik daddy tiga orang saja.Umah arwah mak pun dekat.Tak sampai sepuluh minit dah sampi.Petang lepas solat zohor baru aku beraya di umah arwah mak.Tak yah nak bergadoh dengan daddy setiap hujung tahun.
 
pic wajib setiap kali ada camera dan hp.Amai nak susu time nih.Tu muka blurr jekk
 

ini gambar famili belah daddy.Nampak sangat daddy beso dari ipar duai.kan !

Selfie di pagi raya.Ni anak-anak sedara sebelah daddy.
 
 
kesian ankku tersepit iyer sayang.Daddy time nih tengah setting camera canggih.tak ada pic selfie daaaaa
 
 
tahun nih amai pandai tengok orang aja.Tahun depan dah bole salam mummy dengan daddy tau !
 
Gambar bertiga dari kami.Masa nih kat umah atok belah daddy.Amai makan anggur.Abis 1 bijik dia makan.
Orang makan ketupat dia makan buah.
My Familia.Bertiga.2014.


Banyak lagik pic raya yang ohsemmm.Ini aku ambil dari hp aku yang sedia ada.Nak upload saiz besar.Leceh.Sekarang bila aku update kat blog.Bubuh pic yang sedia ada.Janji aku tulis blog walaupun kadang kala ayat aku mengarut ! hihihi
 
 
Selamat bermarhaban semua !!